iprice : Cara terbaik untuk shopping online. - emilinda

Monday, April 27, 2015

iprice : Cara terbaik untuk shopping online.


Hai korang ! Pernah dengar tentang iprice tak ? Apa , tak pernah dengar ? Haaaa meh sini meh . Entry kali ni aku nak perkenalkan satu website yang mampu buat para online shopper especially kaum hawa macam aku ni tersenyum sampai ke telinga . Perempuan dan shopping terpisah tiada , tak gitu ? Haha . Aku pun baru aje kebelakangan ni tahu tentang iprice ni . 


Actually iprice ni merupakan satu website yang menawarkan kupon-kupon diskaun untuk pembelian barangan secara online seperti Lazada , Zalora , Agoda , Happy Fresh dan macam-macam lagi . Yela , zaman sekarang ni semua orang pun suka beli barang secara online . Takyah susah-susah nak ke kedai bagai , buat penat badan je . Pulak tu , kalau beli secara online kadang-kadang boleh dapat jauh lagi murah berbanding beli kat kedai . Contohnya macam penggunaan kupon-kupon yang ditawarkan oleh iprice ni la . Jimat weyh , kadang-kadang boleh dapat sampai half price kot .


How does it work ? Memang betul boleh dapat diskaun ke ? Yesss , memang dapat dan memang mudah pun . Mula-mula korang ke http://iprice.my/coupons/, pastu korang pilih coupon yang korang nak . Klik GET COUPON CODE . Akan terpapar voucher code macam contoh yang kat bawah ni . Klik COPY CODE . Then korang boleh ke website yang korang nak shopping tu , contohnya Zalora . Lepas dah pilih barang apa yang nak dibeli , korang PASTE coupon code tadi masa nak check-out . Tadaaa ! Dah berlaku penjimatan kat situ . We’re happy shopper *jejoget* .


Selain tu , dekat iprice ni jugak korang boleh browse tawaran-tawaran menarik untuk barangan yang korang nak beli . Tak payah nak sign up ke apa ke . Boleh terus browse by category atau by brand . Senang kan ? Jimat masa gitu .


Best kan iprice ni ? Kalau tak nak terlepas offer-offer yang best , korang boleh sign up newsletter . Nanti bila ada deal yang best-best , dorang akan notify kita via email . Tapi kalau taknak sign up pun takpe . No hal lah . So apa lagi weyh , sila terjah iprice sekarang ! Happy shopping girlssss J




website : iprice



No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.