Kerana Dia Juga Cikgu. - emilinda

Monday, May 18, 2015

Kerana Dia Juga Cikgu.



Baru lepas habis tengok telemovie sempena hari guru kat tv , tajuk Kerana Dia Juga Cikgu . Wuuuu , sedih betul tengok cerita tu . Bukan sedih pasal apa pun , tapi sedih pasal watak Hakim tu macam kesian gila . Parents busy sangat mengejar harta dunia . Kecik-kecik dah terabai macam tu . Hanya dilimpahkan dengan kemewahan harta semata . Pastu parents nak expect anak jadi orang berjaya , sedangkan mereka sendiri abaikan anak . Kanak-kanak ni bukan kemewahan harta yang mereka mahukan , tapi perhatian dan kasih sayang mak bapak tu yang penting dalam membentuk diri anak-anak . Kalau anak dah rasa terabai , macam mana dorang nak ada motivasi diri untuk berjaya dalam hidup ? Mostly aku perasan anak-anak yang terabai ni akan turn out jadi manusia yang takde hala tuju . Tak semua la , tapi kebanyakan yang aku tengok macam tu . Jadi takde motivasi diri , dan dorang tak nampak motivated lah senang cerita . Tak motivated untuk buat apa-apa dalam hidup . Kesian tau . Tak boleh nak salahkan dorang jugak . Tapi nak salahkan parents pun macam tak betul jugak sebab sesetengah parents tak berniat pun untuk abaikan anak , cuma desakan hidup tu mungkin . Tapi  ramai je yang walaupun hidup agak terabai , tetap end up jadi manusia berjaya . Motivasi diri tu yang turut mainkan peranan .



" Semua orang boleh ada anak , boleh jadi ibu bapa . Tapi tak semua ibu bapa boleh letakkan anak-anak sebagai perkara paling utama dalam hidup . "


Cerita Kerana Dia Juga Cikgu ni banyak bagi pengajaran jugak sebenarnya . Pengajaran kepada ibu bapa , pengajaran kepada anak-anak , pengajaran kepada pelajar , pengajaran kepada guru , dan pengajaran kepada masyarakat .


  • Ibu bapa , tak perlu la terlalu mengejar harta dunia sampai tanpa sedar dah mengabaikan anak-anak . Kasih sayang dan perhatian lebih diperlukan oleh anak-anak berbanding kemewahan .
  • Anak-anak , kadang perlu faham bahawasanya tak ada mak ayah yang tak mahukan yang terbaik untuk anak-anak . Cuma mungkin cara mereka berbeza .
  • Pelajar , kalau kita dah cuba tapi belum berjaya . Bak kata cikgu Adam , jangan putus asa . Cuba lagi sampai berjaya . Dalam dunia ni takde orang pandai dan orang bodoh . Yang ada adalah orang malas dan orang rajin .
  • Para guru , usahlah bezakan para pelajar sebegitu sekali . Jangan kerana pelajar tu berada di kelas corot , kita pandang negatif . Setiap orang berhak dilayan dengan baik . Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik , tapi juga membentuk sahsiah dan jati diri pelajar agar menjadi manusia yang berguna .
  • Masyarakat , tugas mendidik bukan hanya pada guru semata . Tapi merupakan tanggungjawab semua orang . Semua orang perlu memainkan peranan dalam memanusiakan anak bangsa .

Ewahhh , gitewww . Feeling-feeling jadi pengulas telemovie . Hahah . Macam belajar subjek Bahasa Melayu KOMSAS pulak , senaraikan pengajaran dari cerita yang terdapat dalam novel KOMSAS . Hihi . 

Teringat pulak masa aku sekolah rendah dulu . Mak ayah pun sibuk cari duit untuk besarkan anak-anak jugak . Tapi walaupun mak ayah aku ada 9 anak , kesibukan dorang cari rezeki takdelah sampai abaikan anak-anak . Alhamdulillah . Aku bukan dari family yang senang . So dari kecik pun tak dimewahkan dengan kebendaan . Dapat result exam bulanan bagus pun mak ayah takde la nak bagi hadiah pun . Cukuplah diorang menjaga keperluan seharian dan keperluan pembelajaran kami . Iskkk , sebak tetiba . Terima kasih , emak ayah . Tapi ada jugaklah masanya aku memberontak . Haha . Memandangkan result exam bulanan aku sentiasa baik masa tu , so aku selalu la memandai sendiri request dekat mak if result UPSR aku membanggakan , nak suruh mak ayah bawak pergi jenjalan KL ke , Cameron Highland ke . Almaklum la , kitorang bukan family senang . Memang membesar langsung tak keluar dari Kelantan pendek kata . Tapi mak tak janji pape pun . Aku sendiri je yang memandai buat janji sendiri . Apa yang mak cakap masa tu adalah , " Belajar rajin-rajin dulu . Nanti dah besar , dah berjaya nanti jangan kata KL , luar negara pun boleh pergi tau . " . Masa tu terus nangis tak puas hati , dan bertekad kononnya exam nanti nak buat cikai-cikai je bagi result teruk . But the end of the day , untuk apa-apa exam sekalipun aku tetap buat yang terbaik semampu aku . Sebab bila kita dah buat semampu kita dan end up result kita mampu buat mak ayah kita senyum , itulah reward yang sebenar-benarnya untuk diri kita . Tak ternilai sangat bila kita tahu bahawasanya mak ayah kita berbangga dengan usaha kita . Kata-kata mak aku tu , sampai sekarang aku ingat . Walaupun sekarang aku takde la berjaya macam orang lain  , tapi aku yakin satu hari nanti aku akan betul-betul berjaya jadi seperti apa yang aku mahu . Belum masanya lagi . InshaAllah .

Btw kan , at the end of this story , si Hakim dapat 5A in UPSR dan ayah dia terus offer nak bagi ganjaran iphone la , nak bagi ipad baru la . Omg seriously parents zaman sekarang memang suka meraikan kejayaan anak-anak dengan kebendaan kan ? Tak salah pun , tapi actually aku kurang setuju tau dengan cara ni . Boleh nak reward anak-anak dengan gajet bagai ni , tapi macam kurang sesuai la dengan si Hakim tu yang baru 12 tahun . Makin addicted la budak itu terhadap yang namanya gajet . Hahaha . Banyak lagi kot reward yang mak ayah boleh kasi selain gajet macam tu . Tapi kalau dah awak awak sekalian parents kat luar sana lebih memilih untuk meraikan kejayaan anak-anak dengan gajet dan kebendaan , takpe la . Masing-masing ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak . Tak gitu ? Aku sendiri sekarang ni belum pun ada anak , tapi aku sendiri sebagai seorang anak sememangnya kurang setuju dengan cara sebegini . 






Guru yang paling banyak memberi impak dalam kehidupan aku , yang paling banyak berjasa pada aku adalah emak dan ayah aku sendiri . Yes , kerana mereka juga guru bagi kami anak-anak mereka . Selamat Hari Guru , emak ayah ! I love you to the moon and back , walaupun tak selalu diungkap . 



Emosi pulak entry kali ni .


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.