Review : Raily Collagen CC Cream - emilinda

Monday, May 25, 2015

Review : Raily Collagen CC Cream



Semenjak dua menjak ni aku rasa berminat betul terhadap produk-produk kecantikan dan penjagaan diri . Almaklum la sejak merasakan diri makin tua ni , haruslah timbul kesedaran untuk tampil cantik sentiasa . Ewahhh , giteww ! Haha . Before ni pun takde la aku tak minat langsung pasal barang mekap dan penjagaan diri ni . Minat , cuma sekarang ni laaaagi minat dan suka bereksperimen dengan segala jenis produk . Pantang dengar orang bercerita pasal sesuatu produk , lelaju pi google selidik . Stalk sana , stalk sini semata nak tahu sesuatu produk tu okay ke tidak . Pantang ada peluang , memang laju aje aku nak mencuba . Asyik nak tambah koleksi barang-barang kecantikan aje kerjanya. Haha. Perempuan mana dalam dunia ni yang takmau nampak cantik hoii , semua pun kalau boleh nak sentiasa nampak cantik flawless gitu ha . Nak pulak sekarang ni banyak betul produk tempatan yang muncul kat pasaran hasil kerja keras rakyat Malaysia sendiri . Alhamdulillah , baguslah . Aku support usaha anak bangsa kita yang gigih pasarkan produk sendiri . Takde la kita nak bergantung pada kosmetik keluaran negara lain aje kan .


Entry kali ni aku nak ceritakan tentang Raily Collagen CC Cream , satu lagi koleksi terbaru yang ada dalam beg mekap aku yang tak berapa nak besar itu . Mula-mula tengok packaging CC Cream ni , aku macam "Eh cantiknya bekas dia!". Yela , color gold siap ada sparkling gitu . Nampak elegant sangat! Raily Collagen CC Cream ni merupakan hasil gabungan dan sentuhan teknologi dari France. Raily Collagen CC Cream menggunakan Salmon collagen sebagai bahan utama. Siap ada SPF50++ lagi uolss!


Tak susah pun nak apply Raily Collagen CC Cream ni ke muka . Just sapu macam sapu krim lain jugak. Sapu bagi rata seluruh wajah lepas dah cuci muka bersih-bersih. Setakat ni aku dah try pakai CC Cream ni beberapa hari . Not bad . Kakak aku balik kerja tanya aku , "Kau pakai apa kat muka?". And i was like , "Eh, dah lebih 6 jam kot , masih nampak cantik eh?". *Okay, perasan cantik kejap! Haha*. Aku pakai around pukul 11.30 pagi masa nak keluar pergi pos barang customer, pergi makan. Dah balik rumah siap duk bergolek-golek atas katil, siap duk berkaraoke sensorang dalam bilik. Then around pukul 7 malam gitu akak aku cakap muka nampak lain *Nak cakap muka nampak flawless kang korang kata aku perasan, kikiki*.

Nak tengok muka aku sebelum pakai CC Cream ni dengan selepas pakai tak? Heee actually malu jugak nak tunjuk muka poyo-poyo selfie sensorang dalam bilik semata-mata nak ambik gambar sebelum dan selepas pakai CC Cream ni. Awkward gila rasa.

 
Kiri gambar SEBELUM . Kanan pulak gambar SELEPAS . Dua-dua gambar ni langsung tak filter. Maaf kualiti gambar teruk sebab snap guna front camera dekat fon cabuk ni je . Alahai sedihnya tengok muka sendiri togel-togel. Ada nampak macam mayat hidup tak? Ada rasa macam tengok hantu tak? Haha. Nasib baik takde jerawat *ayat nak sedapkan hati*.


Boleh nampak beza kan?  Muka tak pakai pape memang nampak kusam sikit. Senang kata nampak tak berseri langsung . Dah senyum kemain lebar pun macam tu jugak nampak. Haha. Bila dah apply CC Cream ni , baru la feeling-feeling flawless sikit. Haha.  Lepas tu aku tak pakai bedak dah , terus dengan selamba dan yakinnya keluar jalan kaki tengah panas pergi pos barang customer lagi *rutin setiap hari, pos barang customer*. Oh ye, pasal eye bag tu toksah la korang tegur. Aku dan eye bag terpisah tiada, memang jenis yang selalu tidur lambat.

Tengok gambar sebelum dan selepas tu , teringat kat mak aku. Kalau kat kampung, mak aku selalu marah aku , "Pucat aje. Cuba la pakai lipstik sikit kat bibir tu.". Hal ini adalah kerana aku kurang suka pakai lipstik. Lagi suka pakai lip balm just taknak kasi bibir merekah. Kalau pakai lipstik pun, lagi suka pakai warna pudar dan tak terang, ala-ala color nude gitu. 

Nah Emak. Kerana selalu terkenangkan kata-kata puan emak, makanya saya rajinkan diri pakai lipstik sebelum keluar rumah. Walaupun lipstik ni warnanya tak terang.


Eh suka pulak rasanya pakai CC Cream ni. Excited pulak duk try CC Cream ni tetiap hari. Hihi. Tak payah nak pakai foundation ke, krim siang ke, sun block ke. Taknak pakai bedak pun takpe. Saiznya pun kecik je tak besar sangat, senang nak bawak ke mana-mana. Letak je dalam  beg. Dah la comel je botol CC Cream ni.


Harga Raily Collagen CC Cream 15ml
Semenanjung Malaysia RM65
Sabah Sarawak RM70


Macam mana nak dapatkan Raily Collagen CC Cream ni ? Here's the detail :
Facebook : RailyCosmetic 
Instagram : @railycosmetic
Email : railycosmetic@gmail.com
Contact Number : 011-32958062 / 017-9032179


1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.