Masakan Khas Cina Muslim di Hj Sharin Low Seafood Restaurant - Mesti Cuba! - emilinda

Wednesday, June 24, 2015

Masakan Khas Cina Muslim di Hj Sharin Low Seafood Restaurant - Mesti Cuba!



Assalamualaikum,

Kali ni aku nak bercerita tentang satu restoran yang menyediakan masakan khas Cina Muslim iaitu Hj Sharin Low Seafood Restaurant. Actually restoran ni agak famous tau dengan masakannya yang sedap. Boleh dikatakan Hj Sharin Low Seafood Restaurant ni antara restoran yang selalu menjadi pilihan penggemar masakan Cina Muslim. Sana sini pakat duk cerita tentang keenakan menu yang disediakan di Hj Sharin Low Seafood Restaurant. Tapi yang sedihnya aku sendiri baru first time berpeluang merasa masakan Cina Muslim kat hj Sharin Low Seafood Restaurant ni. Sebelum ni tak pernah pun makan kat restoran ni. Rasa ketinggalan betul. Wuuuuuu T__T


Takpe, better late than never. Kan ? Hihi. Lagipun aku yakin ramai lagi kat luar sana yang belum pernah merasa hidangan dekat Hj Sharin Low Seafood Restaurant ni. So kiranya aku ni takde la ketinggalan sangat. Last week aku berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan masakan Cina Muslim seperti yang orang lain duk gembar gembur tu. Restoran ni ada banyak cawangan, tapi aku pergi cawangan yang dekat Bukit Antarabangsa yang juga merupakan cawangan pertama Restoran Hj Sharin Low. Okay, jom aku ceritakan tentang beberapa menu best yang aku dah cuba kat sana.

Udang Butter - Wuhuuu, ini menu pertama yang aku sambar masuk ke dalam pinggan. Dengar je Udang butter memang aku dah tak sabar-sabar dah nak rasa. Best, rangup! Rasanya pun sedap bagi penggemar udang macam aku ni. Don't worry udang yang dorang guna memang fresh. Harga : Small RM19, Medium RM28, Large RM50

HK Kailan Ying Yong - Sayur kailan ni bukan digoreng cincai-cincai macam kita goreng kat rumah tau. Kulit pada batang kailan ni dah dikikis-kikis terlebih dahulu sebelum digoreng dalam minyak yang sangat panas *dikikis-kikis ke? betul ke ayat aku ni*. Kalau korang pergi restoran ni, memang aku suggest korang ambik HK Kailan Ying Yong ni sebagai pilihan. Harga : Small RM15, Medium RM18, Large RM25

Ayam Rasa Thai - Yang ni rasa dia rangup kat dalam tau. Selalu ayam kalau ada kuah sos macam ni tak rangup dah kat bahagian dalam dia. Tapi yang ni rangup. Rasa pedas-pedas manis. Tapi takde la pedas terlampau. Pedas yang masih boleh diterima lagi la sebab lidah aku yang tak tahan pedas ni pun siap bertambah makan ayam ni. Hehe. Harga : Small RM15, Medium RM25, Large RM36

Hotplate Tauhu Jepun - Tak semua orang suka makan tauhu kan? Haha. Aku sendiri dulu tak suka makan tauhu. Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni aku dah mula suka tauhu yang bentuk bulat macam kat gambar ni. Baru tahu, rupanya tauhu Jepun. Tauhu Jepun ni sedap, tekstur dia lembut. Harga : Small RM12, Medium RM20

Xi Chuan Soup - Sekali pandang, warnanya macam tom yam gitu. Tapi actually ini sup. Terdapat campuran sayur dan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dalam sup ni. Harga : Small RM10, Medium RM16, Large RM22

Ketam Masak Telur Masin - Seriously yang ni paaaaling aku suka. Susah betul nak stop makan ketam ni, sedap sangat. Rasanya tak terlalu masin dan tak terlalu berminyak. Isi ketam tu lembut sangat, Harga : Small RM50, Medium RM75, Large RM100

Ikan Kerapu Stim Halia - Haaa, aku selalu makan ikan masak tiga rasa, ikan masak stim. Tapi kali ni ikan masak stim halia. Not bad, bertambah jugak la aku makan. Haha. Harga : RM7 untuk 100gram *harga bergantung pada saiz*

Dugaan betul nak siapkan entry ni. Lapar balik bila duk tengok gambar-gambar ni. Terkenang haaa menu-menu yang best ni.  

Oh ya, yang ni air Kedondong Asam Boi. Seriously seumur hidup aku, aku tak pernah minum air kedondong. So memula aku macam ragu-ragu nak try air ni, takut tekak ni takleh terima. Tapi bila dah try, bertambah-tambah pulak. Addicted betul aku dengan air ni. Memang next time kalau aku pergi pun aku akan order air ni jugak.

Duk terbayang-bayang ni Ketam Masak Telur Masin


Sekali lagi aku nak tekankan, kalau nak rasa masakan Cina Muslim, sila try kat Hj Sharin Low Restaurant ni sebab confirm korang puashati. Masakannya memang best. By the way, retsoran Hj Sharin Low ni ada banyak cawangan tau. Untuk info lebih lanjut tentang restoran Hj Sharin Low ni, korang boleh tengok dekat facebook page.




Hj Sharin Low Seafood Restaurant
No 1 & 3, Lorong Wangsa 5A,
Bukit Antarabangsa, 68000
Ampang, Selangor
Tel : 03-41066678


2 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.