Shaklee Malaysia perkenal program Young Intrepreneur System (YES) dan aplikasi "My Shaklee". - emilinda

Thursday, June 11, 2015

Shaklee Malaysia perkenal program Young Intrepreneur System (YES) dan aplikasi "My Shaklee".



Baru-baru ini aku berkesempatan untuk hadir ke Shaklee National Conference 2014/2015 di MIECC Mines Exhibition Centre. Setelah menghadiri Shaklee National Conference ni, banyak info yang telah aku perolehi tentang Shaklee. Kalau dulu, aku tahu Shaklee ni sebagai produk makanan kesihatan semata-mata. Rupa-rupanya rangkaian Shaklee ni banyak, bukan tertumpu hanya kepada produk makanan kesihatan sahaja. Tetapi juga terdapat produk pencuci untuk menjaga pakaian dan persekitaran serta produk kecantikan untuk kulit. Selain itu, Shaklee juga ada program kemasyarakatan yang tersendiri.


Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatan iaitu Shaklee Cares for Our Youth bagi meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Program untuk golongan belia yang digelar YES (Young Entrepreneur System) merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares. YES disasarkan untuk golongan belia yang berjiwa muda mencari kebebasan kewangan dan masa, selaras dengan usaha kerajaan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan. YES membantu golongan muda memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun pulangan yang hebat. Satu lagi usaha kemasyarakatan Shaklee Malaysia adalah Shaklee Cares for Our Women bakal dilancarkan dalam tahun ini juga.

 NutriWhite, rangkaian produk kecantikan keuaran Shaklee.



Diberi peluang mencuba sendiri produk Shaklee

Oh ye, pihak Shaklee Malaysia juga telah melancarkan satu mobile apps untuk kegunaan para pengedar Shaklee yang diberi nama "My Shaklee". My Shaklee memudahkan para pengedar untuk menjalankan urusan jual beli produk Shaklee dengan cara yang lebih canggih dan praktikal. Aplikasi My Shaklee boleh di muat turun di Google Play dengan menaip "My Shaklee". Setelah selesai memuat turun, klik Sign Up dan masukkan ID Shaklee dan nama masing-masing.

Sedang mendengar penerangn tentang aplikasi My Shaklee. Credit this photo to Halim . 

Marilah sihat bersama Shaklee!




Untuk maklumat yang lebih tentang program YES dan aplikasi My Shaklee, boleh ke Facebook  Shaklee Malaysia
.

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.