Kempen 'Bausch and Lomb Care For Your Eyes' Berjaya Mengutip RM8,880 untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia - emilinda

Tuesday, October 27, 2015

Kempen 'Bausch and Lomb Care For Your Eyes' Berjaya Mengutip RM8,880 untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia


Ingat tak aku pernah cerita tentang jenama contact lens Bausch and Lomb yang telah mengadakan kempen viral Facebook 'Bausch and Lomb Care For Your Eyes' yang telah berlangsung sepanjang 11 Ogos sehingga 30 September 2015. Setiap video senaman mata yang di upload ke laman sosial bersama hashtag #BauschAndLombMalaysia dan #careforyoureyes , pihak Bausch and Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia ( Malaysia Association for the Blind ). Sepanjang berlangsungnya kempen ini, pihak Bausch and Lomb turut memperkenalkan 2 jenis contact lens terbaru mereka iaitu Contact Lens BioTrue ONEday Hypergel dan juga contact lens berwarna Lacelle Jewel. Meriah sungguh sambutan dari orang ramai memandangkan pihak Bausch and Lomb turut mengadakan roadshow sepanjang kempen berlangsung.

Sempat menghadirkan diri ke salah satu roadshow Lacelle Jewel dan bergambar bersama Elizabeth Tan

Sepanjang sebulan lebih pelaksanaan kempen tersebut, pihak Bausch and Lomb berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8880 untuk disumbangkan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia. Majlis penyampaian cek bernilai RM8880 tersebut telah berlangsung pada awal Oktober dan cek diterima oleh Dr S Radha Krishnan, Timbalan Presiden Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia



Tujuan utama diadakan kempen sebegini oleh pihak Bausch and Lomb adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan mata disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.


Feel free to check out this Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia's website :





No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.